14 barangan tambahan tersenarai dalam SKHMP

MIRI: Sejumlah 14 barangan tambahan telah disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa 2021 bermula 6 Mei hingga 20 Mei depan.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Miri, Joe Azmi Jamil berkata ia adalah tambahan baharu selain empat kategori iaitu ayam, telur ayam, daging dan hasil laut yang telah diumumkan sebelum ini.

Antaranya ialah tomato, cili merah, kubis bulat import, timun, halia tua, terung panjang, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah besar import, bawang besar (Belanda), bawang putih (China), ubi kentang import (China), cili kering dan kacang tanah.

Menurutnya, kewajipan peniaga adalah tidak menjual harga melebihi barang kawalan, meletak tanda harga merah jambu, memastikan bekalan mencukupi di pasaran serta mengguna alat timbang dan sukat yang telah ditentukan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 04 Mei 2021

Suara Sarawak