14 jam berjemur sebelum Kejohanan Bina Badan Dunia

BUKAN mudah untuk memburu gelaran juara dunia.

Bagi atlet bina badan berpengalaman, Buda Anchah, dia mengambil masa 30 minit hingga satu jam berjemur cuaca panas setiap hari. Ia adalah teknik untuk memburu misi gelaran juara Kejohanan Bina Badan Dunia di Jeju, Korea Selatan pada 6 November depan.

Untuk berjemur cuaca panas terik, Buda telah melakukannya dua minggu sebelum kejohanan berlangsung.

Atlet berusia 47 tahun tersebut kini berusaha gigih berlatih sebagai persiapan menghadapi

“Selain rehat yang mencukupi, saya perlu menjemur badan bagi nampak gelap lagi. Ia supaya otot lebih menyerlah lagi. “Saya memerlukan jemur dalam dua minggu sebelum bertolak ke kejohanan supaya kulit nampak lebih gelap. “Ini adalah petua sebelum menjelang kejohanan,” katanya.

Mengenai corak latihan, katanya, “Saya lebih fokus kepada latihan pada bahagian kaki.

“Latihan ini dilakukan dengan intensif yang lebih kepada memecahkan otot dengan lebih terperinci lagi.

“Selain itu, latihan saya tertumpu kepada bahagian belakang untuk mempertajamkan lagi pecahan dan pembahagian otot,” ujarnya.

Beliau berkata, dia mengambil lebih banyak protein bagi diet serta enam kali makan sehari sehingga kejohanan sebenar.

Beliau berkata, saingan adalah bagi negara dari India, Thailand Vietnam dan China yang mempunyai atlet bina badan yang hebat.

Atlet berusia 47 tahun itu menjuarai kategori masters selain meraih perak dalam 70kg light weight pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia 2018 di Chiang Mai, Thailand pada tahun lalu.

Katanya, dia tidak pernah berputus asa, jauh sekali memikirkan mahu bersara kerana dia cukup yakin usaha membawa kejayaan.

”Untuk kejohanan tahun ini saya bekerja keras untuk johan. Apapun saya sudah bersedia dengan rapi serta penuh penuh displin. Kita tunggu di atas pentas nanti,” ujarnya.

Suara Sarawak