ARTIKEL

14 kapal APMM berlabuh di Kuching sempena Eksesais Maritim Perkasa Timur Laut China Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak 14 buah kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal berlabuh di Pelabuhan Kuching 3 November ini, sempena Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 di Laut China Selatan.

Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Md Yunus berkata, eksesais itu melibatkan kapal yang berpengkalan di Sabah dan Sarawak.

“Untuk Sarawak tujuh buah kapal yang menyertai eksesais ini.

“Eksesais ini merupakan titik permulaan untuk kita memperkasakan kemampuan aset-aset khasnya di negeri ini bagi menangani isu-isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam dan percubaan kapal penguasa dari China,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Mesra Media Kuching di sini, semalam.

Tambah beliau, APMM perlu menunjukkan keberadaan aset-asetnya di Laut China Selatan, secara asasnya bertujuan untuk menunjukkan kemampuan APMM mengunakan aset-aset berkenaan mengendalikan kapal dan tugas-tugas penguatkuasaan di laut.

Zin menberitahu bahawa pelancaran pelancaran eksesais tersebut bermula di Kota Kinabalu seterusnya ke Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia dan berakhir di Kuching pada 3 November ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pegarah Unit Komunikasi Korporat APMM Faridah Shuib dan beberapa pegawai serta anggota APMM yang lain.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BERITA TERBARU