Trending

14 lokasi kerap kemalangan dikenal pasti

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Lokasi kerap berlaku kemalangan di Daerah Kuching

KUCHING: Sebanyak 14 lokasi kerap kemalangan dikenal pasti di Daerah Kuching berdasarkan kajian dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, lokasi tersebut membabitkan lampu isyarat Jalan Utama/Jalan Marican Salleh, Jalan Tun Razak, Jalan Wan Alwi, Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce, Jalan Tun Jugah, Jalan Song dan Jalan Setia Raja.

Selain itu katanya, ia turut membabitkan Jalan lebuh raya Kuching-Samarahan, Jalan Stutong Baru, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Sultan Tengah/Jalan Samariang, Jalan Demak/Jalan Bako, Jalan Matang Baru dan lampu isyarat Jalan Satok/Jalan Kulas.

“Sejak kebelakangan ini, kes kemalangan jalan raya di Daerah Kuching menunjukkan peningkatan.

“Penyumbang utama kepada peningkatan kes ini berpunca daripada faktor kecuaian pemandu, cuaca dan keadaan fizikal jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu katanya, pihak polis menasihatkan supaya pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta fokus semasa memandu bagi mengelakkan terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru