ARTIKEL

LAU (tengah) bersama ahlinya semasa sidang media berkenaan program tersebut.

14 lokasi vaksin rabies percuma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Persatuan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Cina Bahagian Sibu komited serta akan terus berusaha membantu kerajaan meningkatkan kesedaran orang awam mengenai bahaya penyakit rabies.

Pengerusinya Temenggong Datuk Vincent Lau Lee Ming semasa sidang media semalam berkata, tahun lepas mereka telah mengadakan program vaksinasi percuma di 14 lokasi di bahagian ini dalam usaha tersebut.

Sepanjang program itu pada tahun lepas, ujar beliau, hampir 2,000 ekor anjing telah divaksinasi.

“Program ini adalah kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sibu, persatuan membantu menghebahkan program ini melalui ahli-ahli.

“Dengan adanya kerjasama sebegini, kami berharap dapat membantu untuk mengurangkan jumlah kes rabies di Sibu,” ujarnya.

Berita lanjut dalam epaper percuma : https://stssapp.com/

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.