Trending

140 peserta sertai Program Latihan Penyelamat  Pantai APM Sarawak 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seramai 140 peserta dari 15 daerah menyertai Program Latihan Penyelamat  Pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak 2023.

Timbalan Pengarah APM Sarawak Lt.Kol (PA) Raja Mohamad Al Hakim Raja Jaafar@Raja Yaakub berkata, objektif Program Latihan Penyelamat Pantai ini diadakan adalah untuk menguji kebolehan anggota APM terutama golongan muda agar dapat menjadi pelapis masa hadapan.

Sesi bergambar… Lt.Kol (PA) Raja Mohamad bersama pegawai urus setia program.

Menurutnya, program berkenaan adalah cetusan idea bekas pengarah APM negeri dan inisiatif ini sangat baik untuk mencungkil kemahiran lebih ramai pegawai penyelamat yang akan datang.

“Daripada Program Latihan Penyelamat Pantai Sarawak 2023, kami dapat melihat kelemahan yang ada dan melahirkan pasukan penyelamat pantai yang mantap untuk masa hadapan.

Rakam kenangan… Wakil APM dari daerah Sibu.

“Ahli terpilih daripada program  ini akan dihantar untuk menyertai Cabaran Penyelamat Pantai APM peringkat  kebangsaan di Port Dickson, Negeri Sembilan yang akan diadakan pada Julai nanti.

“Buat julung kalinya Cabaran Penyelamat Pantai APM peringkat kebangsaan telah diadakan di Langkawi pada tahun 2019 dan pasukan APM Sarawak mengungguli kejuaraan tersebut.

Fokus… Peserta bersedia menunggu wisil ditiupkan bagi pertandingan Beach Flag.

Oleh itu tahun ini kami akan mempertahankan gelaran tersebut,” katanya kepada Suara Sarawak.

Antara acara yang di pertandingkan seperti Beach Sprint ,Beach Flag, Run Swim Run, Surfboard Relay dan Rescue Tube melibatkan 140 peserta APM dari seluruh Sarawak.

Larian… Peserta bersaing mendapatkan Baton bagi pertandingan Beach Flag.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru