1,400 ditahan, protes pilihan raya Moscow

MOSCOW: Polis Rusia menahan hampir 1,400 penunjuk perasaan di Moscow yang menuntut pilihan raya bebas dan adil, kata pemerhati.

Ia adalah tindakan kekerasan terbesar terhadap perhimpunan di negara itu dalam tempoh bertahun- tahun.

Sekurang-kurangnya 3,500 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram pada Sabtu, menurut angka rasmi, selepas pihak berkuasa menyekat calon pembangkang terkenal daripada mengambil bahagian dalam pemilihan raya majlis perbandaran.

Demonstrasi itu diadakan selama seminggu selepas protes terbesar 22,000 berarak menggesa pihak berkuasa untuk menarik balik keputusan pilihan raya itu.

Polis menggunakan baton ke atas penunjuk perasaan dalam perhimpunan haram itu, dan wartawan AFP di tempat kejadian turut menyaksikan penunjuk perasaan mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, Amnesty International turut mengutuk kekerasan yang digunakan pihak polis terhadap penunjuk perasaan.

Selepas perhimpunan minggu lalu, penyiasat telah menyerbu rumah dan ibu pejabat sejumlah calon yang hilang kelayakan.

Pengkritik utama Kremlin, Alexei Navalny, dipenjara selama 30 hari kerana menggesa demonstrasi itu diadakan.

Beberapa bakal calon ditahan semasa dan ketika perhimpunan haram pada Sabtu. Antaranya ialah LLya Yashin.

Sekurang-kurangnya 1,373 orang ditahan pada Ahad, kata OVD Info.

Foto AFP