Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

144 graduan cilik Tabika Perpaduan dirai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Steven merakamkan gambar bersama sebahagian kanak-kanak Tabika Perpaduan Bahagian Bintulu.
Steven merakamkan gambar bersama sebahagian kanak-kanak Tabika Perpaduan Bahagian Bintulu.

BINTULU: Seramai 144 graduan cilik dirai dalam majlis Konvokesyen Tabika Perpaduan Bahagian Bintulu di Hotel Margherita Plaza di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu, Steven Kong Kai Seng yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Sri Tiong King Sing.

Steven, Dirwana dan Diana merakamkan gambar bersama tenaga pengajar Tabika Perpaduan Bahagian Bintulu.

Konvokesyen itu bertujuan meraikan kejayaan kanak-kanak berusia enam tahun dari 16 Tabika Perpaduan Bahagian Bintulu yang berjaya menamatkan pelajaran prasekolah mereka.

Steven dalam ucapannya berkata, peranan guru dan ibu bapa amat penting dalam perkembangan sahsiah dan pembangunan potensi anak-anak terutama dalam membantu melahirkan modal insan berkualiti sejak dari awal.

Justeru, katanya, pendidikan awal kanak-kanak penting dalam memastikan pembangunan murid yang holistik merangkumi aspek jasmani, emosi, intelek, sosial dan rohani dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif dan interaktif.

Steven bersama Dirwana menyampaikan sijil tamat prasekolah kepada salah seorang kanak-kanak Tabika Perpaduan Bahagian Bintulu.

“Saya percaya sokongan dan kerjasama yang padu serta sokongan berterusan akan dapat meningkatkan lagi hubungan baik antara pihak pengurusan tabika dan ibu bapa untuk mencatat kejayaan demi kejayaan yang membanggakan,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berharap pihak tabika dapat melahirkan dan membentuk kanak-kanak yang mempunyai semangat cintakan negara dan mempraktikkan amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak, Dirwani Azool dan Pegawai Perpaduan Bahagian Bintulu, Diana Seliman hadir sama.

 

 

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru