ARTIKEL

Suasana pada Pertandingan PUBG MOBILE 2024.

144 pemain berentap dalam Pertandingan PUBG MOBILE 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 144 orang pemain terlibat dalam Pertandingan PUBG MOBILE 2024 yang berlangsung di Naim Paragon Street Mall di sini, hari ini.

Himpunan pemain terbabit mewakili 24 pasukan dari seluruh Bahagian Bintulu dan Miri di samping pasukan SUKMA Sarawak (GB06 Esports) dan wakil tunggal dari negara jiran, Brunei Darul Salam (SBD Ultra).

Pertandingan PUBG MOBILE dianjur bagi memeriahkan suasana sempena Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak 2024, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Program berkenaan menyaksikan penglibatan pemain dalam kalangan belia dan remaja.

Sebanyak 12 pusingan dijalankan pada pertandingann terbabit.

Pusingan awal berakhir dengan dua pusingan pertama yang diungguli pasukan dari Bintulu dan Miri, iaitu Dejavu Academy dan STS masing-masing mengutip 40 dan 37 mata.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU