ARTIKEL

Teo Nie Ching (dua kanan) menyampaikan replika cek kepada Pengerusi PIBG SJKC Kepala Sawit, Wong Fook Long (tiga kiri), untuk memperbaiki jubin kantin yang tertanggal ketika melawat sekolah tersebut, hari ini.

1,454 kandungan 3R dalam media sosial diturunkan setakat ini – Teo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KULAI, Johor: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama platform media sosial telah menurunkan 1,454 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) antara Januari hingga Mac tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata daripada jumlah itu, ucapan kebencian berkaitan agama merupakan yang tertinggi dengan 727 kandungan, diikuti berkaitan kaum (588) dan institusi diraja (139).

“Pada tahun lepas, MCMC telah menurunkan sebanyak 1,633 kandungan berkaitan 3R dan pada tiga bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 1,454 kandungan 3R telah diturun, angka ini amat membimbangkan,” katanya kepada pemberita ketika melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sawit di sini hari ini.

Teo, yang juga Ahli Parlimen Kulai, berkata pecahan statistik kandungan berkaitan 3R yang paling tinggi dikesan adalah menerusi Facebook dengan 731, diikuti aplikasi TikTok (705), aplikasi X (sembilan), YouTube (lima) dan Telegram (empat).

Ketua Wanita Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu juga menyuarakan kebimbangan bahawa kes-kes sedemikian akan meningkat menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada bulan depan.

“Kebiasaannya, pada proses pilihan raya seperti PRU (Pilihan Raya Umum), PRN (Pilihan Raya Negeri) atau PRK, hantaran mengenai 3R ini lebih kerap dibangkitkan, harap perkara ini tidak berlaku pada PRK Kuala Kubu Baharu.

“Ada sesetengah pemilik akaun dipercayai akaun palsu atau ‘tangan ghaib’ dengan sengaja mencetuskan kemarahan dan kebencian dengan memuat naik kandungan berkaitan 3R,” katanya.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna yang bijak dan tidak terpengaruh dengan isu-isu 3R dimainkan pihak terbabit.

Mengenai pertemuan pihak Kementerian Komunikasi dan MCMC dengan syarikat konglomerat Meta Platforms Inc (Meta) esok, beliau berkata tujuannya bagi membincangkan isu aspek keselamatan dalam talian.

Katanya, perbincangan itu antaranya akan menyentuh tentang 3R, selain golongzn berumur 13 tahun ke bawah yang tidak akan dibenarkan membuka akaun dalam media sosial, antaranya aplikasi TikTok. – BERNAMA

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

Dua pendam lama di Song disengkubang

SONG: Dua pendam Iban ditu udah disengkubang orang nadai tanggungpengawa ba penusah diripot nyadi kena 20 enggau 22 Mei tu tadi. Tuai Polis Pelilih Song,