ARTIKEL

SUMBANGAN… Nancy menyempurnakan penyerahan sumbangkan peralatan sekolah secara simbolik kepada salah seorang penerima dari SK Tanjung Bako sempena Program Back To School di Dewan Kampung Tanjung Bako, di sini, hari ini. GHAZALI BUJANG

146 pelajar SK Tanjung Bako terima peralatan sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Seramai 146 pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Bako dekat sini, menerima kelengkapan peralatan persekolahan pada Program Sumbangan Back To School di bawah Parlimen Santubong.

Program tersebut juga merupakan anjuran Parlimen Santubong dengan kerjasama Yayasan Sime Darby, Rotary Club Kuching Central dan Yayasan Kebajikan Negara.

RAKAMAN KENANGAN… Nancy dan tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan bersama-sama pelajar dari SK Tanjung Bako yang menerima sumbangan. GHAZALI BUJANG

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia merupakan salah satu program kolaborasi pihaknya dengan badan bukan kerajaan (NGO).

“Antara peralatan sekolah yang disumbangkan termasuk alat tulis, beg, baju sekolah, stoking, dan kasut sekolah. Ia juga dapat membantu meringankan beban keluarga para pelajar kita serta meningkatkan motivasi mereka.

“Melalui program ini, kita telah berjaya membantu 146 pelajar di SK Tanjung Bako, dan banyak lagi di sekolah-sekolah lain di kawasan ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Back To School di Dewan Kampung Tanjung Bako, di sini, hari ini.

Dalam hal berkaitan, tambahnya, program tersebut juga secara keseluruhan melibatkan sejumlah 21 buah sekolah di bawah Parlimen Santubong.

Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak Mohammed Kamaluddin Mohd Effendi; Ketua Pegawai Kewangan dan Pentadbiran Yayasan Sime Darby Santha Kumari Panchan; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara Nordina Haron; Presiden Rotary Club Kuching Central Calvin Chong; serta wakil yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rampa menua meruan beresi

Aum Parti-Parti (COP) Konvensyen Langkar Pengawa Ubah Klimet Gerempung Bansa Beserakup (UNFCC) ngempuru bemacham raban pemegai taruh antarabansa ari dunya dagang, perintah enggau komuniti sivil.