ARTIKEL

147 saman kesalahan nombor pendaftaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 147 keping saman dikeluarkan terhadap kenderaan dan motosikal atas kesalahan melibatkan nombor pendaftaran.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata kesemua saman itu dikeluarkan menerusi Op Khas (nombor pendaftaran) yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching bermula 6 Februari lalu sehingga semalam.

Anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching membuat pemeriksaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan semasa Op Khas (nombor pendaftaran) yang dijalankan bermula 6 Februari lalu sehingga semalam.

“Bagi kesalahan melibatkan kenderaan, nombor pendaftaran tidak ikut peraturan boleh dikompaun sebanyak RM150 manakala kesalahan bagi motosikal dikompaun sebanyak RM100.

“Kesalahan nombor pendaftaran ‘fancy’ iaitu Seksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 boleh dikompaun sebanyak RM300 manakala kesalahan tiada nombor pendaftaran iaitu Seksyen 14(1) APJ 1987 boleh dikompaun sebanyak RM300,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching membuat pemeriksaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan semasa Op Khas (nombor pendaftaran) yang dijalankan bermula 6 Februari lalu sehingga semalam.

Justeru, katanya pengguna jalan raya dinasihatman agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan kaedah lalu lintas yang ditetapkan.

Tegasnya Operasi Khas (nombor pendaftaran) akan terus dilaksakan dari semasa ke semasa.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU