148 kes baharu Covid-19 di Sarawak pulih

KUCHING: Sebanyak 148 kes baharu Covid-19 di Sarawak pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan hari ini berkata 101 kes di Hospital Sibu, Hospital Bintulu (18), Hospital Umum Sarawak (15), Hospital Miri (10) dan Hospital Sarikei (4).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 2,985 orang atau 63.84 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak,” katanya.

Manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan wad hospital adalah seramai 1,635 orang.

Daripada jumlah tersebut, 862 kes di Hospital Sibu, Hospital Miri (315), Hospital Umum Sarawak (159), Hospital Bintulu (132), Hospital Kapit (PKRC Kapit) (138), Hospital Sarikei (24), Hospital Limbang (4) dan PKRC Sipitang, Sabah (1).

Sementara, 145 PUI baru dilaporkan dan 27 PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.