ARTIKEL

Andy (dua kanan) menyerahkan sumbangan bantuan bekalan makanan kepada golongan asnaf di PPDK Batu Niah baru-baru ini.

15 asnaf PPDK Bekenu terima bantuan bekalan makanan Lions Club Batu Niah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seramai 15 golongan asnaf di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bekenu telah mendapat sumbangan bantuan bekalan makanan sempena bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri akan datang daripada Lions Club Batu Niah.

Presiden Lions Club Batu Niah, Andy Jong Wan Joon, berkata sumbangan tersebut bertujuan untuk memberi manfaat serta menujukkan keprihatinan terhadap golongan kurang berkemampuan tersebut bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

“Pada kali ini, kami menyumbangkan bantuan bekalan makanan kepada golongan asnaf di PPDK Bekenu yang terdiri daripada orang kekurangan upaya (OKU) dan juga anak-anak yatim.

“Sumbangan terdiri daripada 15 paket bekalan makanan, termasuk beras, dan juga bekalan makanan lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Andy berkata persatuannya juga telah berjaya mengagihkan sebanyak 150 paket bekalan makanan secara berperingkat kepada masyarakat kurang berkemampuan di kawasan Batu Niah, Bekenu, dan juga Miri.

Selain itu katanya, bantuan yang disalurkan juga telah memberi manfaat kepada keluarga kurang berkemampuan, termasuk golongan warga emas, OKU, keluarga tunggal, pesakit dan juga lain-lain.

Jelasnya, pengagihan sumbangan sedemikian merupakan salah satu aktiviti tahunan sempena perayaan anjuran Lions Club Batu Niah dengan motto Lion International iaitu ‘We Serve’.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)