ARTIKEL

15 jam terapung di tengah laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DALAM satu kejadian bot karam di Kelantan dua tahun lalu, seorang nelayan tidak menyangka hayatnya masih panjang walaupun selepas 15 jam terapung-apung di tengah laut.

Ketika kejadian, mangsa yang ketika itu berusia 46 tahun bersama empat awak-awak dilaporkan karam berhampiran Pulau Perhentian sebelum berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang menyertai operasi menyelamat.

Insiden kira-kira empat pagi itu, mangsa dan rakanrakannya sempat memakai jaket keselamatan dan cuba berenang ke darat, namun tidak berjaya sebelum biarkan diri mereka dihanyutkan hingga tersadai di pesisir pantai.

Dalam satu kejadian lain, lima mangsa bot karam dipukul ribut di perairan Kota Bahru terselamat biarpun terapung kira-kira lima jam sebelum dijumpai kerana masing-masing memakai jaket keselamatan.

Ketika kejadian bot dinaiki mangsa dilaporkan terbalik di lokasi 17 kilometer dari Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, pukul 5 petang dan kesemua mangsa diselamatkan nelayan tempatan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), lima jam kemudian.

Pada awal Januari lalu, dua pemancing terselamat apabila berjaya berenang ke pantai selepas bot mereka karam dipukul ombak di perairan Pulau Tioman, dekat Rompin Padang.

Kedua-dua mangsa, Chia Swee Kwong, 49, dan Zulfahmi Izzudin Gan Abdullah, 45, yang dilaporkan hilang ditemui orang awam dalam keadaan lemah di pantai Teluk Juara, dekat Pulau Tioman.

Mangsa memaklumkan bot mereka kehabisan minyak dan dipukul ombak menyebabkannya karam.

Keduadua mangsa terselamat kerana memakai jaket keselamatan dan berjaya berenang menuju daratan berdekatan.

Kejadian tersebut merupakan sebahagian daripada bukti yang menunjukkan betapa pentingnya jaket keselamatan ketika menjalankan aktiviti di sungai dan laut.

Malah, berpengalaman atau mahir mengendalikan bot bukan satu jaminan sekiranya aspek keselamatan diabaikan dan perbuatan itu juga boleh mengundang risiko bahaya terutama kebelakangan ini berlaku angin kencang dan ombak besar berikutan monson timur laut.

Bagaimanapun, agak membimbangkan apabila ada dalam kalangan masyarakat kurang peka terhadap aspek keselamatan, garis panduan serta pematuhan semasa khususnya membabitkan rekreasi atau aktiviti riadah di laut.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai insiden kecemasan di laut, seperti kejadian lemas di pantai dan bot karam dilaporkan berikutan keadaan yang cuaca tidak menentu.

Lebih malang apabila ada dalam kalangan mangsa gagal ditemui selepas berharihari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.

Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Datu Khirudin Drahman memberi peringatan kepada komuniti maritim agar tidak mengabaikan perkara berkenaan.

Tegas beliau sindrom terlalu yakin pada diri bahawa mereka boleh berenang apabila jatuh dalam air boleh menjadi ikan perlu dikikiskan kerana pasukan terlatih seperti komando dan Coastguard pun menggunakan jaket walaupun mereka memiliki kuasa di laut.

Ironinya, menggunakan jaket keselamatan merupakan asas penting yang sudah lama wujud khususnya untuk nelayan atau pengendali bot penumpang.

Namun walau setegas dan seketat manapun undangundang, penggunaan jaket yang sering dianggap ‘tidak selesa’ itu juga bergantung kepada kesedaran individu kerana aspek keselamatan bukan satu perkara yang boleh dianggap mainan.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak tumpuan biologi dunia

SARAWAK kaya dengan kepelbagaian biologi hutan yang unik sehingga dikenali sebagai salah satu titik utama biologi dunia. Ia juga penyumbang tertinggi kepada liputan hutan di

Tempat paling mahal didiami

KOS sara hidup berbeza daripada satu negara ke negara lain. Beberapa negara, kos sara hidupnya jauh lebih mahal daripada yang lain. Di bahagian tempat tinggal

Demi bekalan air bersih

PELBAGAI usaha kini sedang giat dilaksanakan untuk memastikan seluruh rakyat menikmati bekalan air bersih sekali gus menampung keperluan yang kian bertambah selain menyedari kepentingannya dalam konteks

Sistem cukai di seluruh dunia

SISTEM cukai berbeza-beza secara meluas di seluruh dunia, mencerminkan kepelbagaian landskap ekonomi, sosial dan politik negara. Walaupun terdapat banyak variasi, sistem cukai biasanya mempunyai dua

Masa cipta kenangan terindah

BEMULA 9 Februari lalu, cuti akhir tahun bagi penggal persekolahan 2023/2024 bermula dan berakhir pada 9 Mac. Cuti sekolah menandakan masa berharga untuk pelajar berehat

Banjir kilat undang trauma

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa

BERITA TERBARU

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan