ARTIKEL

15 pasukan sertai Piala Dewan Undangan Negeri (DUN) N58 Balingian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBANYAK 15 pasukan telah mengesahkan penyertaan untuk turut serta dalam kejohanan bola sepak 9 Sebelah rebutan Piala Dewan Undangan Negeri (DUN)N58 Balingian yang akan berlangsung di Daerah Balingian pada 14 hingga 15 September 2019 ini.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa penganjur Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA), Mohamad Zain Ali memberitahu 15 pasukan tersebut telah diundi kepada tiga kumpulan.

Katanya, berikut merupakan keputusan undian kumpulan setiap pasukan yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Khidmat DUN N.58 Balingian semalam yang mana Kumpulan A terdiri daripada pasukan IPDM FC A, CUBA-CUBA FC, BANQKU FT, N-THONY CREW dan IPDM FC B.

Kumpulan B terdiri daripada pasukan TFT JUNIOR, OYA BERSATU, ONE HEAD BALINGIAN, KAMPUNG BOY dan KRT PULAT.

Manakala pasukan yang berada dalam kumpulan C ialah PROJECT PARK, MASSVILLE, JOEKER FC, BALINGIAN VETERAN dan MPG UNITED.

Katanya lagi, kejohanan bola sepak 9 sebelah rebutan Piala Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian 2019 anjuran Persatuan Bolasepak Bahagian Mukah (MuFA) dengan kerjasama Press Metal Sarawak dan Belia Balingian akan berlangsung pada 14 hingga 15 September ini bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Parish dan Stadium Mini Balingian.

Pihak jawatankuasa pengelola menyediakan Hadiah lumayan berupa Piala, Medal dan Wang Tunai yang mana pasukan yang muncul Johan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,500, Naib Johan RM1,500, Tempat Ketiga RM800.

Turut dijanjikan anugerah nanti ialah Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik Final masing-masing bakal menerima wang tunai RM100 setiap seorang.

ADUN N58 Balingian, Abdul Yakub Arbi dijangka akan pada majlis pembukaan rasmi sepak mula dan penutupan serta menyampaikan hadiah kepada pasukan-pasukan yang menang nanti.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di