ARTIKEL

PENGUSIRAN… Antara PATI yang diusir semalam.

15 PATI gagal masuk Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA Biawak di sini, semalam.

Menurut kenyataan media TDM, pengusiran pertama melibatkan 10 PATI yang ditahan anggota TDM dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) yang sedang melaksanakan penugasan rondaan di kawasan itu pada jam 11.50 pagi.

“Pengusiran kedua dilakukan pada jam 2.40 petang apabila anggota tentera mendapati terserempak lagi dengan lima PATI yang sedang berjalan daripada arah sempadan Indonesia masuk ke Sarawak,” kata kenyataan itu.

Anggota tentera telah menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap kesemua 15 PATI.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI berusia dalam lingkungan 22 hingga 50 tahun dalam perjalanan untuk bekerja di Malaysia.

“Tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai dan anggaran nilai keseluruhan barangan diperiksa berjumlah RM19,880 melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian,” tambah kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, kesemua PATI telah dibawa ke sempadan negara untuk pengusiran.

Laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa, kata kenyataan berkenaan.

“TDM akan terus komited memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” kata kenyataan TDM.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual