NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

15 perkara MA63 belum selesai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Maximus (baris depan, tiga kiri) bersama-sama tetamu kehormat lain merakamkan gambar dengan peserta Program Kesedaran MA63, 'MA63: Dari Perspektif Generasi Millenial' di UNIMAS, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Masih terdapat 15 perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikategorikan belum selesai dan tertangguh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Menurutnya, perkara tersebut telah diserahkan kepada Jawatankuasa Majlis Khas MA63 untuk diambil tindakan atau perbincangan lanjut.

“Misalnya, isu di bawah Akta 112 (1) Perlembagaan Persekutuan (Pertambahan Jawatan) dengan Sarawak, perbincangan sudah mula tapi belum ada kata putus mengenai berapa semakan bayaran balik.

“Sabah sudah 2/3 selesai tapi tunggakan belum lagi, 40 peratus isu yang Kerajaan Sabah bangkitkan belum lagi diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Kesedaran MA63, ‘MA63: Dari Perspektif Generasi Millenial’ di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di sini, hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Syaidi, Timbalan Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) UNIMAS. Profesor Datuk Mohd Fadzil Abd Rahman, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib.

Baca lain  Lampu isyarat baharu di persimpangan Jalan Bintangor- Sarikei

Terdahulu dalam ucapan, Maximus turut mendedahkan beberapa perkara di bawah MA63 yang masih belum selesai sama ada melibatkan Sarawak mahupun Sabah.

Antaranya semakan semula pemberian khas (Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan) Negeri Sarawak; Kuasa Baki Perundangan Mengenai Alam Sekitar; Kuasa Kawal Selia Gas dan Elektrik bagi Negeri Sabah; pengiktirafan Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknikal di bawah Ap182; Tenaga Buruh di Sabah dan Sarawak; Duti Setem Dikenakan ke atas Instrumen Pemindahan, cas, menyewakan Tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah dan Sarawak; Obligasi Kewangan Persekutuan Di Bawah Senarai Bersama; Pelepasan Tanah diberikan Hak Milik Kepada Persekutuan di Negeri Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Kuasa Negeri Ke Atas Isu Kesihatan; Pentadbiran Badan Kehakiman Sabah dan Sarawak; Artikel 112(1) Perlembagaan Persekutuan (Pertambahan Perjawatan); Royalti minyak dan dan pembayaran tunai Petroleum; Mineral Minyak dan Medan Minyak; Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750); dan Hak Negeri ke atas Pelantar Benua.

Manakala, Maximus berkata setakat ini hanya enam perkara di bawah MA63 yang sudah selesai iaitu melibatkan Penyerahan Kuasa Kawal Selia LPG kepada Kerajaan Negeri Sarawak; Pindaan Persekutuan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan; Pemberian Kuasa (Empowerment) Mengenai Pelesenan dan Penangkapan Ikan Di Laut Dalam Kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Baca lain  Langkah bijak dan terpuji

Ia termasuk Penyerahan Semula Kuasa ke atas Pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Kerajaan Negeri Sabah (Pembatalan Akta Kawalan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298); Kajian Semula Pemberian Khas kepada Negeri Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan; dan Pemberian Kuasa (Empowerment) Mengenai Pelesenan dan Penangkapan Ikan Laut Dalam Kepada Kerajaan Negeri Sarawak.

Maximus ketika berucap pada Program Kesedaran MA63, ‘MA63: Dari Perspektif Generasi Millenial’ di UNIMAS, hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru