Trending

15 pintu Blok F Uma Bakah, Sungai Asap musnah terbakar 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Sebuah blok di Skim Penempatan Semula Uma Bakah, Sungai Asap, Belaga musnah dalam kebakaran petang tadi.

BINTULU: Tindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Uma Daro Liling, Sungai Asap, Belaga berjaya menghalang api yang membakar Blok F Skim Penempatan Semula Uma Bakah di sini daripada merebak ke blok-blok yang lain.

Dalam kejadian kira- kira jam 2 petang itu, satu blok merangkumi 15 pintu di skim penempatan semula Uma Bakah, Sungai Asap, Belaga musnah terbakar 100 peratus manakala satu pintu kediaman di Blok E pula musnah 45 peratus.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Belaga dan Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian  selepas menerima panggilan kecemasan kira- kira jam 2.15 petang tadi.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan 68 penghuni terdiri daripada 30 individu wanita dewasa, 24 individu lelaki dewasa dan 14 kanak- kanak tinggal sehelai sepinggang.

Tiada kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan berlaku.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol