ARTIKEL

Kapitan Ling Dien Yong menyaksikan penyerahan projek siap di kawasan DUN Repok.

15 projek RTP DUN Repok siap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan rakyat terserlah melalui siapnya 15 projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok.

ADUN Repok, Datuk Sri Huang Tiong Sii berkata, kesemua projek di bawah RTP 2023 itu, dilaksanakan Majlis Daerah Sarikei (MDS).

Ujarnya, pelaksanaan projek membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat manfaat daripada kemudahan yang disediakan.

“Projek meliputi naik taraf prasarana beberapa buah sekolah, kemudahan sukan dan riadah, tempat beribadat dan rumah panjang.

“Saya gembira melihat pelaksanaan kesemua projek itu berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiong Sii berkata, projek itu termasuk pemasangan jubin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) SJK Su Ming, naik taraf gelanggang di SJKC Hua Nam, bumbung tempat letak kereta dan stor di SJKC Nam Kiew, pagar dan tingkap di SJKC Hua Kee, tempat letak kereta dan pagar di SJKC Tiong Ho, pemasangan grill dan naik taraf tandas di SJKC St Martin.

Pada masa yang sama katanya, kerajaan juga tidak lupa menaik taraf dewan untuk kegunaan penduduk Rumah Robert di samping gelanggang futsal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK).

Selain itu katanya, pemasangan kipas, jeriji tingkap, pengantian penadah hujan di SK Methodist Anglo-Chinese selain naik taraf bumbung Rumah Musit dan Rumah Rampoo turut dilakukan.

“Saya berharap semua projek yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada seluruh penduduk yang terlibat,” ujarnya.

Dalam pada itu satu tinjauan ke atas projek tersebut dilakukan dan hadir sama, Penolong Jurutera MDS, Joviana Joklin serta Kaunselor Anthony Suding.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU