ARTIKEL

Presiden ISWAMI Malaysia, Ashwad Ismail (lima kiri) bergambar bersama para wartawan di KLIA1 sebelum bertolak ke Jakarta, hari ini.

15 wartawan Malaysia sertai Program Jejak Serumpun Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 15 wartawan daripada pelbagai agensi berita Malaysia menyertai Program Jejak Serumpun Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia di Jakarta bermula hari ini sehingga 21 Februari depan. 

Lawatan ilmu itu direncana sebagai pendedahan kepada para wartawan Malaysia mengenai pelbagai dimensi perspektif di sebalik kerancakan Pilihan Raya Presiden (PILPRES) Indonesia 2024, pada 14 Februari 2024 dan Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia 2024, yang berlangsung pada 20 Februari 2024, di Jakarta.

Menurut Presiden ISWAMI Malaysia, Ashwad Ismail, program ini memberi pendedahan kepada proses demokrasi antara yang terbesar di dunia dan membina keakraban bersama para wartawan Indonesia sempena HPN 2024.

Katanya, para wartawan Malaysia yang terpilih juga bakal didedahkan dengan kerancakan sektor teknologi hijau, kelestarian dan ekonomi digital di negara jiran itu.

“Kembara ilmu yang singkat tapi padat ini bukan sahaja berkisar tentang pendedahan kepada pesta demokrasi, tetapi juga pertemuan dan dialog dengan mereka yang menjadi cerminan kepada kehebatan Indonesia.

“Misalnya pemain industri ‘fintech’ ekonomi digital, sektor pembangunan lestari serta keupayaan mereka merakyatkan teknologi hijau,” katanya.

Baca lain  Belum ada kepastian dijangkiti koronavirus

Tambah beliau, dalam lanskap geopolitik dunia yang kian mencabar ini, para wartawan Malaysia juga harus didedahkan juga dengan usaha-usaha diplomasi ‘Track 2’ oleh pelbagai institut dan badan bukan kerajaan di Indonesia.

Ini katanya mengangkat agenda kebersamaan antara rakyat di pentas ASEAN serta internasionalisme yang positif.

Menerusi Program Jejak Serumpun yang ditaja oleh Berjaya Corporation Berhad, Green Growth Asia Foundation dan vFive Group ini juga, wartawan Malaysia akan mengikuti beberapa siri lawatan dan pertemuan.

Antaranya adalah bersama ISWAMI Indonesia yang diketuai presidennya Bapak Asro Kamal Rokan, dan mengadakan pertemuan bersama pimpinan media Indonesia serta agensi-agensi penting dalam mengukuhkan lagi kebersamaan dua negara serumpun ini.  

Selain 15 orang wartawan tersebut, ketua-ketua pengarang dari Malaysia juga turut menyertai delegasi ISWAMI ke program HPN 2024, acara tahunan yang mengumpulkan lebih 6,000 wartawan dari seluruh Indonesia.

Secara tradisinya, ISWAMI Malaysia dijemput menghadiri HPN setiap tahun, yang diadakan di kota-kota berlainan setiap tahun. Sambutan HPN adalah pada 9 Feb setiap tahun, bagaimanapun ditunda pada 20 feb berikutan berlangsungnya PILPRES 2024.

Baca lain  Covid-1: 99.94 peratus kes baharu di Sarawak kategori 1 dan 2.

ISWAMI adalah forum wartawan Malaysia-Indonesia  yang ditubuhkan pada 2003 sebagai jambatan  kepada hubungan media Malaysia dan Indonesia berperanan membina kemakmuran bersama kedua-dua negara rumpun Nusantara.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh