ARTIKEL

Foto FB Jiwa Bakti

150 kanak-kanak berkhatan secara percuma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SRI AMAN: Seramai 150 kanak-kanak berkhatan secara percuma pada Program Berkhatan Perdana 2024 di Masjid Besar Sri Aman di sini, Ahad.

Menurut Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli program itu bertujuan menghidupkan semula budaya berkhatan beramai-ramai.

Dalam masa yang sama boleh membantu meringankan kos perbelanjaan berkhatan.

Berkhatan di klinik kerajaan, ibu bapa perlu keluar kos pengangkutan dan jika ke klinik swasta pula perlu bayar RM100 hingga RM170 bagi setiap anak.

Kata Mohamad Shafizan lagi, program ini juga merupakan satu tuntutan dari segi agama dan dilangsungkan pada musim cuti persekolahan.

Foto FB Jiwa Bakti

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU