ARTIKEL

150 penduduk Belaga sertai Program Jiwa Murni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sekitar program dan aktiviti dijalankan pada program PJM MINDEF di Kampung Long Unia, Belaga.

SIBU: Seramai 35 warga tentera darat dan 150 orang penduduk Kampung Long Unai menyertai Program Jiwa Murni (PJM) Pelan Strategik Kementerian Pertahanan (MINDEF) 2021-2025 di Kampung Long Unia, Belaga.

Program yang julung kali diadakan oleh Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) itu sambut baik oleh warga tempatan yang turut menzahirkan kesyukuran kepada pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana telah memberi pelbagai perkhidmatan kepada penduduk kampung.

PJM dalam kenyataan berkata, tiga aktiviti dilaksanakan iaitu Program Motivasi Pendidikan, Program Kebajikan (ATM & Rakyat) serta Program Kerohanian dan Kesedaran.

“Perlaksanaan PJM ini bertujuan untuk membentuk jalinan kerjasama antara TDM bersama penduduk setempat.

“Ia sekali gus memberi peluang kepada warga TDM memberi sumbangan khidmat bakti kepada masyarakatt,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Program yang bermula jam 9 itu dimulakan dengan Sembahyang Keagamaan Perdana dan minum pagi bersama-sama Panglima 9 Briged Brigedier Jeneral Mohamad Shauari Mat Piah dengan penduduk Kampung Long Unai.

Aktiviti diteruskan dengan pemeriksaan pergigian dan kesihatan, penyampaian alat tulis kepada kanak-kanak tadika serta promosi pengambilan Askar Wataniah.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU