ARTIKEL

Abang Johari (dua kiri) ketika mendengar taklimat Projek Jelapang Padi di Bahagian Sri Aman, hari ini. | Foto UKAS

1,500 hektar tanah kerajaan terap teknologi baharu penanaman padi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak bersetuju menyediakan 1,500 hektar tanah kerajaan untuk menerapkan teknologi baharu dalam penanaman padi.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif ini memberi dorongan kepada petani tempatan untuk mengikuti teknik terkini dalam penanaman padi, dengan matlamat meningkatkan pengeluaran beras.

Pada masa ini, katanya Malaysia mengimport beras dari negara seperti India, Vietnam dan Thailand, yang menyebabkan harga beras tempatan naik.

“Kita bimbang kesan harga import yang tinggi kepada pengguna tempatan, menyebabkan nilai ringgit rendah.

“Apabila harga import tinggi, mahu tak mahu kita terpaksa memindahkan kos tersebut kepada pengguna… sebab itu harga beras kita turun naik, yang banyak menjadi masalah,” katanya.

Abang Johari percaya Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi pengeluar beras signifikan, memandangkan saiz tanah yang ada.

Beliau turut menegaskan pentingnya Kerajaan Pusat dalam menyokong usaha meningkatkan pengeluaran beras di Sarawak dengan peruntukan yang mencukupi.

Meskipun menghargai peruntukan RM173 juta yang diberikan (Kerajaan Pusat), beliau berpendapat bahawa lebih banyak peruntukan mungkin diperlukan untuk membangunkan industri padi secara menyeluruh di negeri ini.

“Sarawak kini hanya mempunyai kira-kira 36 peratus pengeluaran beras tempatan dan kita mahu tingkatkan (pengeluaran beras) sehingga 100 peratus,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU