ARTIKEL

Tun Wan Junaidi serta isteri merakam kenangan bersama-sama penerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri, hari ini.(FOTO: ASTANA NEGERI SARAWAK)

151 Penerima Dikurnia Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 151 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Istiadat pengurniaan dimulakan dengan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, iaitu Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) yang disampaikan kepada 13 penerima.

Antara penerima berkenaan ialah Dr. Zainal Abiddin Masleh, Abang Ahmad Abang Abdul Wahab, Abang Zamari Abang Nazarin, Dau Utau, Faridzul Abdullah, Jumari Hashim, Louis Yeo Soon Guan, Richard Mulok Entring, Rabuan Mantine, Samsudin Drahman, Dayang Mariana Abang Bolhassan, Jamilah Bujang dan Sharifah Liz Faraawati Wan Omar.

Tun Wan Junaidi serta isteri merakam kenangan bersama-sama penerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri, hari ini.(FOTO: ASTANA NEGERI SARAWAK)

Seterusnya, Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.) dikurniakan kepada 20 penerima termasuk Abdul Razak Amin, Amir Ahmad Dewan, Baweng Tajang, Francis Dana Chuat dan Hassan Haron.

Istiadat kemudiannya diteruskan dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, iaitu Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.) kepada 13 individu, diikuti 27 penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.).

Sementara itu, Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.) dikurniakan kepada 35 penerima, manakala seramai 43 individu menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.).

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Tun Wan Junaidi serta isteri merakam kenangan bersama-sama penerima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri, hari ini.(FOTO: ASTANA NEGERI SARAWAK)

BERITA LAIN

BERITA TERBARU