ARTIKEL

52 mangsa dari 17 keluarga masih menempati dua PPS di Limbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tinggal dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir di Limbang yang masih dibuka setakat jam 8 pagi ini.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Sulaiman Salama, PPS pertama ialah di Dewan Masyarakat Serbaguna Buloh Baloi yang dibuka pada 21 Mei lalu.

“Ia masih menempatkan 14 mangsa daripada empat keluarga,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Sulaiman, PPS kedua ialah di Dewan Masyarakat Kampung Bidang yang dibuka pada 22 Mei lalu.

“Ia menempatkan 38 mangsa banjir daripada 13 keluarga,” ujarnya.

Kawasan utara Sarawak dilanda banjir lima hari lalu yang turut menjejaskan daerah Lawas.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

BERITA TERBARU