ARTIKEL

ACP Ahsmon Bajah

153 anggota IPD Kuching terlibat ops cegah jenayah TBC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 153 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan terlibat dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah sempena perayaan Tahun Baru Cina (TBC) 2024.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, operasi itu memfokuskan semua lokasi tumpuan orang ramai, kawasan komersil dan semua tempat sasaran.

“Kuching adalah penyumbang utama indeks jenayah bagi Kontinjen Sarawak.

“Justeru, bagi mencapai objektif mencegah jenayah, operasi ini akan dilaksanakan di kawasan tumpuan orang ramai dan lokasi menyumbang kepada kenaikan indeks jenayah di sekitar bandar raya ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ahsmon, pendekatan ini bagi membanteras aktiviti-aktiviti jenayah, selain menjamin keselamatan masyarakat sempena perayaan TBC.

Operasi ini juga jelasnya, akan menumpukan pemeriksaan terhadap motosikal, kereta dan aktiviti jenayah di kawasan sasaran

“Di samping itu, IPD Kuching turut melaksanakan Op Selamat 21 bermula pada 8 sehingga 13 Februari depan dengan objektif memberi kelancaran lalu lintas dan memastikan pengguna mengikut peraturan dan undan-undang.

“Seramai 11 pegawai kanan dibantu oleh 29 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuching terlibat dalam operasi ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai yang meninggalkan rumah untuk balik ke kampung atau bercuti supaya mengisi borang pemakluman balik kampung di balai polis terdekat atau secara online melalui aplikasi VSP 2.0.

Bagi mereka yang memandu pula kata Ahsmon, dinasihatkan supaya merancang perjalanan serta membuat persiapan awal sebelum memulakan perjalanan.

“Sekiranya terdapat sebarang maklumat kejadian jenayah boleh disalurkan ke pusat kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau di balai polis berhampiran,” tambahnya.

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah

Pertandingan fotografi, video pendek untuk belia

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Belia Antarabangsa Jalan Sutera Ketiga dan Pertandingan Video Pendek. Pengerusi penganjurnya pertandingan Kaunselor Michelle Law Wan

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,