ARTIKEL

154 keluarga di MPP dapat manfaat baiki rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejumlah 154 buah keluarga di kawasan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah menerima manfaat menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar sejak tahun 2016 hingga kini dengan peruntukan sebanyak RM2,370,676.64

Menurut Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, tujuan program tersebut adalah untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat iaitu dengan membaiki rumah mereka yang dalam keadaan daif.

Sementara hari ini, Lo menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Siap Baik Pulih Rumah Daif Fasa Kedua 2021 kepada tiga buah keluarga yang layak di Kampung Sungai Tapang, di sini.

Jenis pembaikan rumah berkenaan melibatkan pembaikan atau penggantian bumbung, siling, dinding, lantai, tingkap, pintu, tangga dan tandas dengan maksimum kos pembaikan bagi setiap rumah yang ialah sejumlah Rm17, 000.

Menurut Lo, sejumlah 40 buah keluarga telah diberi kelulusan untuk projek berkenaan pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM680, 000 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

“Sebanyak 28 buah rumah telah siap dibaik pulih dan selebihnya lagi iaitu 12 buah rumah dijangka siap sepenuhnya penghujung November 2021,” katanya.

Sementara itu, borang permohonan bantuan tersebut boleh diperoleh dari pejabat MPP atau laman web MPP.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU