159 kes baharu Covid-19 di Sarawak hari ini

KUCHING: Sebanyak 159 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 9,924 kes.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata 52 kes dikesan di Sibu, Betong (49), Kuching (18), Bintulu (15), Miri (9), Sarikei (5), Dalat (3), Samarahan (3), Sri Aman (1), Bukit Mabong (1), Marudi (1), Tatau (1) dan Subis (1).

Dalam pada itu, katanya terdapat 227 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Sibu (107), Hospital Umum Sarawak (50),
Hospital Sarikei (35), Hospital Bintulu (23), Hospital Miri (7) dan PKRC di bawah Hospital Kapit (5).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 7,490 orang atau 75.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara, jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital adalah seramai 2,315 orang.

Ia melibatkan 1,004 kes di Hospital Sibu dan PKRC di Sibu, 323 kes di Hospital Bintulu dan PKRC di Bintulu, 312 kes di Hospital Umum Sarawak dan PKRC di Kuching.

Selain itu 201 kes di Hospital Miri dan PKRC di Miri, 187 kes di Hospital Kapit dan PKRC di Kapit, 160 kes di Hospital Sarikei dan PKRC di Sarikei, 93 kes di Hospital Betong dan PKRC di Betong serta 35 kes di Hospital Sri Aman dan PKRC di Sri Aman.

Manakala, 163 PUI baru dilaporkan dan empat PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Suara Sarawak