Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

16 buah kedai di Tapak Pasar Malam Sibu, Jalan Market musnah dalam kebakaran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PIHAK bomba ketika berusaha memadamkan kebakaran tersebut

SIBU: Sebanyak 16 buah kedai dari enam lot kedai satu tingkat di Tapak Pasar Malam Sibu, Jalan Market di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu PgKB I Ts. Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.25 pagi lalu mengerahkan seramai 29 anggota termasuk BBP Sungai Sungai Merah dan BBP Sibu Jaya ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, ketika bomba tiba di tempat kejadian, api sedang marak.

“Enam lot kedai itu menempatkan 17 kedai menjual pelbagai barangan dimana 16 daripadanya musnah manakala sebuah lagi ranap sebahagian sahaja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Andy menjelaskan, mereka berjaya mengawal api pada jam 5 pagi.

Bagaimanapun katanya, kebakaran masih belum diketahui dan pihak kami sedang menyiasat punca kebakaran.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk