ARTIKEL

Saya bersama-sama rakan setugas NURULDAYANA (tengah) dan ASP WAN SAZALY JAAFAR

16 jam ‘terperangkap’ di laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARAWAK terkenal dengan geografinya yang luas, begitu juga dengan perairannya antara terbesar di Asia.

Atas faktor keluasan itu, maka tidak hairan perairan Sarawak memerlukan jumlah pasukan keselamatan dan penguatkuasaan yang banyak.

Seperti kita tahu, terdapat beberapa agensi terlibat dalam perihal keselamatan dan operasi di perairan negara, khususnya Sarawak.

Antaranya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, Pengawal Pantai Sarawak atau lebih dikenali sebagai Sarawak Coast Guard (SGC).

Masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam tugasan dan bidang kuasa yang ditetapkan termasuk penguatkuasaan undang-undang.

Hujung minggu lalu, saya berpeluang untuk membuat liputan di Pesta Suntong Bako atau festival mencandat sotong di kawasan Bako yang sememangnya terkenal dengan hasil laut.

Bukan itu sahaja, destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan tidak hanya bagi pengunjung tempatan, tetapi pelancong antarabangsa.

Malah, memiliki kekayaan khazanah alam semula jadi, flora dan fauna yang diwarta sebagai Taman Negara Bako yang terletak dalam kawasan Sarawak Delta Geopark UNESCO.

Walaupun pada mulanya, saya tidak bekerja pada hari tersebut dan mengalami sakit lutut pada hari sebelumnya.

Ketika sedang berehat di rumah kecil kami, saya menerima pesanan ringkas daripada rakan sekerja untuk pergi ke Kampung Bako, kerana ada pesta sotong yang bagi saya ia adalah sesuatu yang baharu dan kali pertama diadakan.

Tanpa berlengah, saya bersiap dan pergi ke Kampung Bako di Jeti Taman Negara Bako — lokasi pesta itu berlangsung bermula dari jam 2.30 petang.

Disebabkan sukakan aktiviti seperti itu, tanpa berfikir panjang dan lupa akan kecederaan lutut, saya tidak menolak tawaran dan bersetuju untuk menemaninya.

Namun, saya tidak menyediakan peralatan yang lengkap dan menganggap aktiviti itu mungkin hanya melibatkan dua sehingga tiga jam.

Dengan hanya berbekalkan mikrofon, tripod dan kamera, saya tiba di Jeti Bako pada jam 3.00 petang dan dimaklumkan operasi yang saya sertai bermula pada jam 5.00 petang sehingga malam dan kemungkinan paling lewat adalah pada jam 1 pagi bersama-sama Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak.

Kami menaiki bot Polis Marin sekitar 5 petang menuju ke destinasi, Pulau Lakei, Bako, kawasan peserta Pesta Suntong mencandat atau memancing sotong.

Saya reda dan tawakal sahaja menyertai operasi itu, kerana jauh di sudut hati, saya juga berasa teruja akhirnya diberikan peluang untuk bermalam di tengah laut. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 30 minit dari Jeti Bako.

Kami berlabuh di laut berhadapan Sarawak Forestry Centre di Pulau Lakei.

Setiba di sana, isu pertama yang kami hadapi ialah ketiadaan capaian telekomunikasi, menyukarkan saya untuk menghubungi sesiapa sahaja, nak maklumkan kepada keluarga pun tidak dapat.

Namun, kehilangan talian komunikasi memberikan saya peluang untuk menikmati sepenuhnya suasana indah di laut yang luas dan tenang.

Pengalaman pertama kali di laut, agak mustahil untuk sesiapa sahaja tidak berasa mual atau mabuk laut, dengan duduk di atas bot dengan permukaan laut bergelora.

Sudah tentu kepala terasa pening rasa tidak sedap badan, mual dan loya, tetapi pada masa sama turut teruja dengan aktiviti yang dilakukan.

Pada jam 7.00 malam, saya meminta kebenaran daripada pegawai polis marin untuk menggunakan tandas, maklumlah, perempuan.

Kami dihantar ke kapal induk Sarawak Coast Guard untuk berehat, mandi dan makan.

Setibanya kami di kapal tersebut, rakan saya yang pertama kali menaiki bot muntah, mungkin disebabkan mabuk laut.

Saya juga berasa tidak sihat ketika berada di atas kapal itu, mungkin kerana pergerakan yang agresif disebabkan gelora ombak yang kuat dari laut.

Meskipun berada di kapal induk yang selesa serta memiliki kemudahan yang lengkap, keberadaannya di kawasan laut terbuka dengan alunan gelombang menyebabkannya ‘kuat bergoyang’.

Sebelum itu, saya menikmati makan malam di kapal tersebut dan meminta kebenaran untuk kembali ke bot Polis Marin kerana saya juga berasa pening di atas kapal itu.

Turut serta semasa program itu, ASP Wan Sazali Jaafar, pegawai dari Polis Marin WIlayah 5 yang bertanggungjawab dalam mengetuai operasi sempena pesta tersebut.

Untuk makluman, pasukan Polis Marin bertindak sebagai agensi keselamatan bagi para peserta festival sepanjang ia berlangsung.

Saya dan rakan saya menghabiskan malam kami bersembang santai bersama pegawai yang bertugas di sana.

Banyak pengalaman dan cerita menarik yang saya dengar, antaranya pulau di Sarawak setakat ini tiada kes lanun.

Bagaimanapun, sindiket penyeludupan minyak serta barang-barang terkawal sering berlaku di laut, mungkin ia lebih selamat daripada dikesan oleh agensi penguatkuasaan di darat.

Tambahnya, sebagai ketua operasi, biasanya ASP Wan tidak akan tidur sepanjang bertugas, dia menghabiskan masa mengawal keadaan sambil memancing.

Saya dan rakan sempat menikmati udang kecil yang segar hanya direbus dengan air panas tanpa sebarang perasa atau garam, rasanya manis dan segar.

Pada jam 2.00 pagi, kami dimaklumkan keadaan air laut yang pasang tidak membenarkan kami untuk pulang dan terpaksa menunggu sehingga matahari terbit bagi memastikan keselamatan semua orang yang terlibat terjamin.

Ya, tiada pilihan dan kami akur sehingga pagi, kami sebelum itu bermalam di kapal induk Sarawak Coast Guard semula.

Kami berehat, kami tidur dan kami makan, setelah hampir 16 jam berada di laut dan sungai kami dibawa pulang kembali ke Jeti Bako tempat kami bermula.

Selama 16 jam juga tanpa telekomunikasi, ramai yang cuba menghubungi tetapi gagal, sehingga menimbulkan kerisauan kerana kami pergi ke laut, tetapi belum pulang tanpa khabar.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, pergi dan balik dalam keadaan selamat, cuma sedikit letih dan pening.

BERITA LAIN

KUCING TERAPI AUTISME

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat

Agrobank iktiraf sumbangan wartawan

AGROBANK melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 29 Mei lalu Agrobank amat berbesar hati memberi

PROMOSI PERCUMA

SENJATA penting dalam perniagaan ialah promosi sebagai usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan. Promosi penting untuk memberitahu tentang jenama, produk atau perkhidmatan kepada

Kurangkan gula cegah obesiti

RAMAI yang masih menganggap obesiti bukan sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifi kasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik. Senario ini menyebabkan lebih ramai

Keperluan pejabat cawangan KWSP

JIKA sebut tentang luar bandar, tentu kita terfikir kesukaran untuk mengakses beberapa perkara kerana lokasi yang agak jauh dari bandar. Mengambil contoh di Bahagian Mukah,

BERITA TERBARU

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy