ARTIKEL

Mohd Haical Abdullah

16 pasukan berentap dalam Liga Serian 2024 pada 25 Ogos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Enam belas pasukan berentap untuk memburu gelaran juara dalam kempen Liga Serian 2024 yang dijadual bermula pada 25 Ogos akan datang.

Pengerusi Kejohanan, Mohd Haical Abdullah, menegaskan pasukan yang turut serta ialah SPFC, RMR Crocs, Grace CBF United, TBS, Xmovent, Taee Union FC, Anhex FC, Medic, Balai Ringin, N21 Tebedu, Saga XSYG, Gedong Unity, Semabang Unity, MKFC, Black Rovers dan BB United.

Menurut Haical, format liga masih sama, iaitu peringkat kumpulan pada peringkat awal.

Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan layak secara automatik ke pusingan aksi kalah mati.

“Kita telah menerima penyertaan 16 pasukan untuk saingan musim ini.

“Kebanyakan pasukan yang akan berentap pernah bersaing musim lepas selain beberapa pasukan baharu,” ujar Haical kepada Arena Suara Sarawak.

Jelas Haical, sesi cabutan undi melibatkan pasukan bertanding akan diadak pada 1 Ogos.

Tambahnya, hadiah wang tunai keseluruhan RM16,000 menanti kelompok tiga pasukan terbaik.

“Sang juara akan menerima wang tunai RM7,000 berserta piala dan pingat. Naib juara akan menerima wang tunai RM4,000 bersama piala dan pingat.

“Dua pasukan yang tewas pada peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM2,500 serta piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama,” ujar Haical lagi.

Tidak hanya itu, hadiah wang tunai dan piala juga disediakan bagi pasukan terbaik selain hadiah wang tunai untuk pemain terbaik dan penjaring terbanyak.

BERITA LAIN

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo

BERITA TERBARU