ARTIKEL

16 pasukan berentap Futsal Piala Hari Malaysia Junior B14

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: 16 pasukan akan berentap dalam pertandingan Futsal Piala Hari Malaysia Junior  Bawah 14 Tahun (B14) di Dewan Tertutup Kota Samarahan pada 16 September ini.

Kejohanan anjuran V-Foss FC itu akan menghimpunkan pemain-pemain muda dari lapan buah sekolah rendah jemputan di sekitar kawasan  Samarahan.

Pengerusi Kejohanan, Abdul Muhtalip Tagak berkata, dua buah pasukan terbaik dari lapan buah sekolah jemputan akan dipilih mewakili sekolah masing-masing.

Jelasnya, pertandingan dilaksanakan bersempena sambutan Hari Malaysia ke-60 tahun sekali gus sebagai platform penting buat warga belia khususnya generasi muda memperingati hari bersejarah buat negara.

“Tujuan utama kita menubuhkan platform sukan kepada belia khususnya sekitar Samarahan untuk meningkatkan minat mereka terhadap sukan futsal.

“Secara tidak langsung ia dapat menjadi hari memperingati Hari Malaysia pada hari sama,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC