ARTIKEL

Ahli-ahli NSJA merakam kenangan bersama dengan Fadillah Yusof, dan Ahli-Ahli Parlimen dari Sarawak

16 pengamal media Sarawak lawat Dewan Negara, Dewan Rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 16 orang pengamal media Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) telah mengadakan lawatan ke Dewan Negara dan Dewan Rakyat di sini semalam.

Lawatan ahli-ahli persatuan itu diketuai oleh Presiden NSJA iaitu Chai Choon Chin.

Katanya, lawatan sambil belajar yang berlangsung selama empat hari itu adalah merupakan sebahagian daripada program NSJA dengan kerjasama Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man.

“Lawatan ini adalah bertujuan bagi mendedahkan kepada pengamal media di Sarawak khususnya dari wilayah utara mengenai prosedur persidangan parlimen.

“Ia merupakan peluang yang sangat berharga kepada ahli-ahli kami terutamanya bagi segelintir mereka yang tidak pernah merasai pengalaman mengikuti persidangan parlimen.

“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada mereka bagi melihat situasi sebenar di dalam parlimen di samping bertemu secara bersemuka dengan wakil-wakil rakyat di pelbagai kawasan,” katanya ketika ditemubual.

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa lawatan ini juga adalah bagi membantu pengamal media dalam kalangan ahli kami untuk memahami peranan dan tugas Ahli Parlimen dan juga menteri-menteri.

Dalam lawatan itu juga, ahli-ahli NSJA juga berpeluang bertemu secara bersemuka dengan beberapa wakil rakyat dari Sarawak termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri Kerja Raya Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta timbalannya Teo Nie Ching.

Pada masa sama, mereka turut meluangkan sedikit masa bertemu dengan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong, Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, dan Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling.

Ahli-ahli NSJA bersama dengan Alexander, Willie, dan Chiew Choon Man sempena lawatan semalam
Swafoto ahli-ahli NSJA bersama dengan Fahmi Fadzil
Ahli-ahli NSJA merakam kenangan sempena lawatan ke Dewan Negara

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU