ARTIKEL

Teo Nie Ching

16 projek PoP fasa dua dilaksanakan di Parlimen Igan secara berperingkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 projek hab rangkaian gentian optik titik kehadiran (PoP) fasa dua akan dilaksanakan di Parlimen Igan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, sebanyak 60 projek PoP fasa satu di seluruh Sarawak telah siap dan dua daripadanya di Igan.

“Sementara untuk di seluruh Sarawak bagi fasa dua, terdapat enam projek daripada 681 projek telah dilaksanakan dan bakinya dijangka siap menjelang 31 Oktober 2025 secara berperingkat,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) yang ingin mengetahui perkembangan terkini status perlaksanaan PoP selain pelaksanaan Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sarawak dan jangkaan projek siap sepenuhnya termasuk di Igan.

Neo Ching turut memaklumkan, PoP di seluruh Sarawak akan dilaksanakan lebih kurang 10 peratus tahun ini manakala 50 peratus pada 2024 dan 40 peratus akan disiapkan menjelang 2025.

Sebanyak tujuh daripada 14 menara baharu telah siap dan beroperasi di kawasan Parlimen Igan pula, ujarnya.

Sementara itu Neo Ching berkata, sebanyak 213 menara komunikasi baharu daripada 864 menara yang dirancang untuk dibina dan beroperasi di bawah Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sarawak telah siap dibina setakat suku kedua tahun ini.

Pada masa yang sama sejumlah 3,689 daripada 3,735 pemancar juga siap dinaik taraf, manakala 106,331 daripada 207,135 premis tersedia dengan capaian gentian optik.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU