ARTIKEL

Palestinian protesters run through tear gas fumes fired by Israeli forces during a demonstration along the border between the Gaza Strip and Israel, east of Gaza City on September 1, 2023. (Photo by MOHAMMED ABED / AFP)

16 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GAZA/RAMALLAH: Sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, menurut sumber keselamatan dan perubatan Palestin pada Jumaat.

Manakala sembilan lagi rakyat Palestin cedera di pagar timur yang memisahkan Gaza dan Israel, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza.

Sumber keselamatan Palestin yang berpangkalan di Gaza memberitahu Xinhua bahawa berpuluhpuluh pemuda tempatan mengadakan demonstrasi di bahagian timur Gaza menentang tentera Israel susulan pelanggaran yang berterusan di Tebing Barat.

Penunjuk perasaan membakar tayar kereta dan membaling batu ke arah tentera yang kemudian melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan untuk menyuraikan mereka.

Juga pada Jumaat, sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera semasa pertempuran yang meletus di Kampung Kafr Qaddum di Tebing Barat, menurut sumber perubatan Palestin di Ramallah.

Pada Rabu, puak Palestin mengumumkan bahawa mereka meneruskan perarakan mingguan menentang Israel di sempadan timur Gaza.

Perarakan mingguan, juga dikenali sebagai Marches of Return, dilancarkan pada 2018 oleh rakyat Palestin yang menuntut pelarian Palestin dikembalikan ke bandar asal mereka dan menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung sejak 2007. – Bernama-Xinhua

BERITA LAIN

Roda pesawat Boeing tercabut semasa berlepas

LOS ANGELES: United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya