ARTIKEL

16 skuad berentap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBANYAK 16 buah pasukan sudah mengesah penyertaan untuk memburu gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran 40 Tahun Ke Atas Kampung Sambir, Asajaya. Himpunan pasukan yang turut serta ialah dari Kuching, Samarahan serta kawasan berdekatan Pengerusi Kejohanan, Jalek@ Lapok Jafar memberitahu, pasukan yang turut serta ialah Sambir Bistari, Sri Muara, VS FC, V-FOSS FC, Vettam FC, ASBA FC, BNG FC, Kantau Brother, MA FC, Kamsla FC, Kanisa FC, SMK A 97, Abok 81,EX-SPT FC, Armada FC dan KVETA IX FC.

“Dari senarai pasukan terbabit kita percaya saingan pasti sengit kerana kebanyakan pasukan mempertaruhkan pemain berpengalaman,” ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak. Jelasnya, format kejohanan secara liga kumpulan dan hanya dua pasukan terbaik layak ke pusingan seterusnya. Kejohanan ini merupakan penyeri Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Adun N.15 Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah Edisi Ke-55 anjuran Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB) yang dijadual bermula pada 24 April ini. Juara akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 serta piala dan pingat.

Manakala, naib juara akan menerima wang tunai RM700 selain piala dan pingat. Manakala wang tunai RM500 termasuk piala untuk dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Sarawak dulu sesingkang mantu rayat

BAU: Perintah Sarawak dipuji laban ngena chara go the extra mile tauka dulu sesingkang ba pengawa meri bantu ngagai rayat di menua tu. Sapit Menteri