ARTIKEL

SUMBANGAN… Ibrahim (kanan) menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada golongan memerlukan, diiringi Zulaihi (belakang Ibrahim). - Foto: Ramidi Subari

160 keluarga, 40 kanak-kanak Satok terima bantuan zakat PETRONAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua ratus individu dari kawasan Satok menerima bantuan zakat daripada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menerusi Persatuan Kebajikan Kakitangan Islam PETRONAS (BAKIP).

Kesemua penerima daripada golongan memerlukan terdiri daripada 160 keluarga dan 40 kanak-kanak dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sri Satok. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Datuk Ibrahim Baki, hadir untuk menyantuni para penerima, sekali gus menyaksikannya menyampaikan sendiri zakat kepada 160 penerima pada program penyerahan sumbangan ‘Wakalah Zakat’.

Program yang diadakan di Dewan Toh Puan Hajjah Dayang Masniah, Jalan Datuk Ajibah Abol, di sini hari ini berjalan lancar dengan kehadiran para penerima serta keluarga.

Sementara itu, baki 40 penerima menerima zakat daripada isteri Premier, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, semasa jamuan berbuka puasa di Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajah Juma’ani pada malam ini (30 Mac). 

Ibrahim dalam ucapan majlis menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada kakitangan syarikat minyak dan gas negara itu atas inisiatif yang telah diaumbangkan.

“Sumbangan BAKIP ini dapat meringankan beban, terutamanya mereka yang memerlukan,” katanya.

Tambahnya, ia juga menjadi kebanggaan untuk melihat sumbangan zakat bukan sahaja meliputi kawasan Kuching tetapi juga meluas ke kawasan seperti Miri dan Bintulu. 

Sementara itu, Pengurus Besar PETRONAS Sarawak, Zulaihi Mantali, berkata zakat itu diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan dan senyuman kepada penerima khususnya menjelang sambutan Hari Raya yang bakal tiba.

“Selain kawasan Satok, lokasi lain seperti Demak, Samariang dan Samarahan turut dipilih untuk program itu. 

“Kami berharap kehadiran kami di lokasi terpilih mampu meringankan beban persiapan mereka menghadapi Aidilfitri akan datang,” katanya.

Sumbangan zakat itu diadakan sebagai program tahunan BAKIP bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

CERIA… Ibrahim (lima kiri) bersama Zulaihi (empat kiri) dan pegawai lain merakam kenangan bersama para penerima sumbangan Hari Raya. – Foto: Ramidi Subari

BERITA LAIN

BERITA TERBARU