ARTIKEL

161 kes positif Covid-19 baharu di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 161 kes positif Covid-19 baharu dikesan di Sarawak hari ini menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 6,586.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), 60 kes dikesan di Subis, Sibu (45), Bintulu (16), Kapit (15), Samarahan (12), Miri (5), Julau (2), Kuching (1), Sri Aman (1), Saratok (1), Pakan (1), Beluru (1) dan Kanowit (1).

Bagi kes di Subis, kesemuanya melibatkan kluster Pasai sub-kluster Tangap.

“Kes-kes ini terdiri daripada 36 orang warganegara tempatan dan 24 bukan warganegara (Indonesia),” kata JPBNS dalam kenyataan, hari ini.

Manakala di Sibu, 39 kes yang dikesan melibatkan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif Covid-19 manakala lima kes merupakan saringan Covid-19 melibatkan individu bergejala dan satu kes saringan-saringan lain yang hadir ke pusat kesihatan Daerah Sibu.

Di Bintulu, 13 kes yang dikesan melibatkan individu yang disaring melalui pengesanan kes aktif kepada kontak positif, dua kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes aktif di kawasan berisiko jangkitan Covid-19 dan satu kes melibatkan individu bergejala di Pusat Kesihatan Daerah Bintulu.

Bagi kes yang dikesan di Kapit, enam kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kepada kontak positif, lima kes melibatkan Kluster Pasai, dua kes saringan-saringan lain di Pusat Kesihatan Sibu, satu kes indvidu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif di kawasan berisiko jangkitan dan satu kes melibatkan individu yang bergejala.

Di Samarahan, 11 kes merupakan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kepada kontak kes positif dan satu saringan melibatkan individu bergejala.

Kes yang dikesan di Miri pula melibatkan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif.

Sementara, dua kes yang dikesan di Julau melibatkan Kluster Nanga Lijan.

Di Kuching, kes melibatkan saringan-saringan lain yang hadir ke pusat kesihatan Daerah Kuching dan dikategorikan sebagai kes Import C iaitu mendapat jangkitan dari Kapit.

Manakala di Sri Aman, satu kes merupakan saringan petugas kesihatan di fasiliti kesihatan di daerah Sri Aman dan dikategorikan sebagai kes Import C iaitu mendapat jangkitan dari Sibu.

Di Saratok, satu kes melibatkan saringan individu bergejala di pusat kesihatan Daerah Saratok manakala satu kes di Pakan melibatkan individu yang disaring melalui pengesanan kes secara aktif kontak kepada kes positif.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya