ARTIKEL

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sehingga 31 Disember tahun lepas.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata PKP itu melibatkan kebun berkeluasan 655,189.62 hektar, manakala bagi Sabah sebanyak 29 SPOC memperoleh persijilan MSPO melibatkan 21,630 PKP dengan kebun berkeluasan 145,399.9 hektar.

“Kerajaan menyediakan dana insentif merangkumi pembiayaan kos latihan, kos pengauditan, kos peralatan perlindungan diri dan kos rak penyimpanan bahan kimia bagi terus membantu PKP dalam melaksanakan Pensijilan MSPO.

“Bagi memastikan pelaksanaan MSPO menyeluruh, MPOB menubuhkan 12 Pejabat Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS) di Sabah menyediakan khidmat nasihat penanaman sawit dan pemindahan teknologi kepada PKP,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 Peringkat Negeri Sabah di Sook dekat sini, semalam.

Chan berkata sehingga 31 Disember tahun lepas terdapat 31,538 PKP yang mengusahakan kebun sawit dengan keluasan 203,679.57 hektar di Sabah dengan purata keluasan kawasan tanaman sawit bagi setiap PKP adalah 6.5 hektar.

Baca lain  SE*Hebat galak perusahan sosial berkembang

“Sehingga tempoh itu juga sebanyak 69 Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) dan 69 Pusat Timbang ditubuhkan di seluruh negara dan sebanyak 27 KPSM terletak di Sabah dengan jumlah keahlian seramai 2,769 orang.

“Penubuhan KPSM adalah untuk menyatukan PKP bagi menjalankan aktiviti ekonomi melalui amalan pertanian baik dan jualan buah sawit secara berkelompok terus ke kilang.

Langkah ini dapat meningkatkan pendapatan PKP melalui rebat langganan dan dividen daripada keuntungan perniagaan koperasi,” katanya. 

BERITA LAIN

HONOR perkenal empat peranti terbaharu

KUCHING: HONOR Malaysia bakal memperkenalkan empat peranti terbaharunya, termasuk jam tangan pintar kesihatan sempena acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Barisan peranti itu

Sasar latih 10,000 usahawan

CYBERJAYA: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyasarkan untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang dilatih di seluruh negara pada tahun lepas. Menteri Pembangunan

Perkukuh keyakinan pelabur

KUALA LUMPUR: Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan (MoF). MoF menerusi hantaran di laman rasmi media

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa