ARTIKEL

Kredit: China Media Group (CMG) | BERNAMA

1,658 produk dipromosi di Persidangan China (Guangxi)-ASEAN mengenai Sayur-sayuran Spesies Baharu 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NANNING: Persidangan China (Guangxi)-ASEAN mengenai Sayur-sayuran Spesies Baharu 2024 dan Persidangan Jagung Segar China (Nanning) ke-8 dirasmikan di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada Isnin.

Persidangan itu turut diserikan dengan kehadiran 123 institusi penyelidikan saintifik dan perusahaan di seluruh negara China yang membawakan sebanyak 1,658 produk terkini (termasuk 47 jenis premium dari luar negeri).

Difahamkan, persidangan yang bertemakan ‘mempromosikan spesies baharu dan mempelbagaikan jenis sayur-sayuran untuk masakan harian’ itu akan berlangsung hingga 10 Jun.

Lokasi geografi yang bersempadan dengan negara-negara ASEAN, pelaksanaan dasar pintu terbuka dan peningkatan penyelarasan dalam penggunaan pasaran domestik serta pasaran antarabangsa merupakan antara faktor-faktor yang menjadikan pertukaran dan kerjasama antara wilayah Guangxi dengan negara-negara ASEAN semakin rancak dalam industri benih pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Beroperasinya sebahagian pusat eksperimental tanaman pertanian jenis premium China (Guangxi) – ASEAN di lima negara ASEAN termasuk Laos, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Myanmar, dilaporkan kondusif bagi perusahaan dari Guangxi menjalankan demonstrasi tanaman padi, jagung, sayur-sayuran dan lain-lain.

Ia juga meletakkan batu asas yang baik untuk mempromosikan benih di negara-negara ASEAN, sekali gus mengharumkan nama produk dan meningkatkan syernya dalam pasaran tempatan.

Untuk rekod, Persidangan China (Guangxi)-ASEAN mengenai Sayur-sayuran Spesies Baharu merupakan pameran sayur-sayuran dan jagung segar yang terbesar di kawasan bahagian barat daya China berhubung skalanya, produk yang dipamerkannya, keberkesanan tanaman dan penglibatan khalayak ramai.

Temasya yang telah diadakan sebanyak tujuh edisi sejak tahun 2017 di bandar Nanning wilayah Guangxi telah menyaksikan berlangsungnya pertunjukan tentang 7,734 sayur-sayuran spesies baharu. — BERNAMA

BERITA LAIN

Projek tebatan banjir dilaksana

KUCHING: Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak iaitu projek tebatan banjir di beberapa lokasi di sini akhirnya dapat dilaksanakan. Setiausaha Politik Premier, Kho Teck

Siapnya Jambatan Sg. Muput Tatau

KAKUS: Jambatan baharu Sungai Muput yang siap sepenuhnya memberi manfaat kepada penduduk di kawasan Ulu Anap, Nanga Tau dan Penyarai. Menteri di Jabatan Premier Sarawak

BERITA TERBARU

Jelajah Hye-ppiness Kim Hye Yoon

AKTRES Korea Selatan, Kim Hye Yoon, mengadakan pertemuan peminat bertajuk Hye-ppiness. Pertemuan peminat itu dirancang bermula di Korea Selatan pada Julai. Malangnya, hanya ada satu