ARTIKEL

TO GO WITH Lifestyle-videogames-IT-Japan-seniors,FEATURE by Kyoko HASEGAWA This picture taken on February 7, 2014 shows an elderly woman playing a game at Kaikaya Ltd., a nursing home for the elderly, in Yokohama, suburban Tokyo. The nursing home is run by an offshoot of Namco Bandai, the company behind 1980s arcade phenomenon PacMan, whose pill-popping escapades helped bring video games to a mass youth market. Now the firm is part of a small, but growing band of groups developing video games and home computer entertainment for the so-called "silver generation" -- Japan's burgeoning army of elderly people, who are living longer and healthier lives than ever before. AFP PHOTO / Yoshikazu TSUNO (Photo by YOSHIKAZU TSUNO / AFP)

17,034 warga emas Jepun meninggal sendirian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu dari Januari hingga Mac, menurut laporan Xinhua.

Tinjauan itu meliputi 60,466 mayat yang diurus oleh polis Jepun selama tiga bulan pertama 2024.

Daripada jumlah itu, 21,716 adalah orang yang tinggal bersendirian, termasuk kes bunuh diri.

Hampir 80 peratus daripada kematian kesepian atau 17,034 orang, adalah mereka yang berumur 65 tahun ke atas, termasuk 2,080 orang berumur 65 dan 69; 3,204 sekitar 70 dan 74; 3,480 pada usia 75 dan 79; 3,348 antara 80 dengan 84 dan 4,922 berumur 85 tahun ke atas.

Kematian kesepian didefinisikan sebagai kematian seseorang tanpa disaksikan oleh orang lain, dengan jangka waktu tertentu berlalu sebelum mayat itu ditemukan, menurut perbincangan interim pada 2023 oleh sebuah kumpulan kerja Pejabat Kabinet yang ditugaskan untuk meneliti isu berkenaan.

NPA dijangka terus mengumpul data sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk menangani isu masyarakat yang semakin menua.

Jumlah keseluruhan kematian di rumah dalam kalangan warga emas yang tinggal bersendirian pada 2024 dianggarkan mencecah 68,000 orang, menurut tinjauan itu. – Bernama-Xinhu

BERITA LAIN

PM Thailand disahkan positif COVID-19

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, mengesahkan semalam bahawa beliau positif COVID-19. Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan