ARTIKEL

17,196 bayi Sarawak lahir tahun ini layak terima RM1,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 17,196 bayi warga Sarawak yang dilahirkan dari 1 Januari hingga 31 Julai tahun ini layak menerima RM1,000 di bawah Tabung Endowmen Sarawak (EFS), kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 13,538 bayi atau 79 peratus daripadanya telah didaftarkan oleh ibu bapa masing-masing untuk memohon EFS.

“Jumlah yang sudah ada akaun EFS di Bank Islam ialah seramai 12,184 bayi atau bersamaan 90 peratus (daripada 13,538 bayi yang sudah memohon EFS hingga 31 Julai lepas),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan EFS di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya di sini, pada Rabu.

Pada majlis itu juga Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Geran Tahunan Khas (GTK) dan “Kenyalang Gold Card” (KGC) Bahagian Kuching, Sri Aman dan Lawas turut disampaikan.

Fatimah berkata ibu bapa rakyat Sarawak juga mempunyai tempoh selama setahun untuk memohon EFS bagi bayi mereka yang lahir di negeri lain atau di luar negara.

Borang permohonan EFS itu katanya boleh dimuat turun melalui laman sesawang Kementerian Kebajikan Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak serta permohonan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak.

Fatimah berkata dana RM1,000 itu tidak dibenarkan dikeluarkan dari bank sehingga anak berkenaan berusia 18 tahun.

“Selepas tempoh matang 18 tahun, baharulah EFS boleh dikeluarkan bersama kadar faedah 4.2 peratus untuk kegunaan bayi terbabit yang sudah tamat persekolahan ketika itu untuk melanjutkan pengajian atau modal kecil memulakan perniagaan,” katanya.

 

BERITA LAIN

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat

BERITA TERBARU

Polis tumpas geng Apekaktif curi motosikal

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri motosikal yang aktif sejak enam bulan lepas dengan penahanan empat individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang pada