ARTIKEL

Anyi (belakang, tiga kiri) merakam kenangan bersama penerima bantuan pada Program Pemerkasaan Penggiat Industri Lada.

175 pekebun lada Bahagian Miri dapat manfaat Skim Bantuan Lada Baharu sebanyak RM814,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONG LAMA: Seramai 175 pekebun lada di bahagian Miri telah berjaya mendapat manfaat melalui Skim Bantuan Lada Baharu (STLB).

Ahli Parlimen Baram, Datuk Anyi Ngau, berkata jumlah keseluruhan bantuan di bawah STLB setakat ini dianggarkan sebanyak RM814,000.

“Semenjak Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dilaksanakan pada tahun 2021 hingga April 2024, seramai 175 pekebun lada di bahagian Miri telah mendapat manfaat melalui STLB dengan keluasan tanaman lada 22.9 hektar.

“Jumlah bantuan dianggarkan sebanyak RM814,000 dan daripada jumlah tersebut, 49 orang adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu dan Telang Usan yang melibatkan keluasan tanaman 5.5 hektar dengan nilai bantuan sebanyak RM210,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemerkasaan Penggiat Industri Lada di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kee Tee di sini semalam.

Di samping itu, katanya, sepanjang tahun 2021 hingga April 2024, Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah melatih 787 penggiat industri lada di Bahagian Miri melalui 132 siri Program Pembangunan Modal Insan Pekebun Lada.

Katanya, program tersebut merupakan usaha mempromosikan tanaman lada ke seluruh pelosok negara serta menjadi platform perkongsian ilmu bagi para pekebun lada untuk merancakkan lagi pertumbuhan lada negara.

Pada masa sama, Anyi turut menyampaikan bantuan STLB kepada Rumah Wat dan Rumah Marcus Minggu, Sungai Pekin, serta Rumah Dagulass Bungan, Sungai Temat, yang masing-masing menerima RM23,000, RM18,400 dan RM13,800.

Sementara itu, Skim Tanaman Lada Matang pula diberikan kepada Lepo Gah, Tanjung Tepalit sebanyak RM9,200 dan Ruma Gelau, Wong Sarawong sebanyak RM9,200.

Ketua Pengarah MPB, Vincent Sawat, dan Pegawai Daerah Telang Usan, Ezra Uda, turut hadir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU