1,765 premis diperiksa

SARIKEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sarikei merekodkan 16 tindakan kes dengan nilai rampasan berjumlah RM17,205.50 dan kompaun sebanyak RM1,300.

Ketua Cawangan Pejabat KPDNHEP Sarikei Mohamad Zawawi berkata, ia hasil pemeriksaan ke atas 1,765 premis di Sarikei, Bintangor, Pakan dan Julau sejak 1 Januari hingga 28 Februari lalu.

Dalam pada itu katanya, sembilan aduan pengguna diterima merangkumi bekalan dan barang kawalan tiada tanda harga, alat timbang dan sukat tamat tempoh penentusahan dan penggunaan logo halal.

“Kita akan terus membuat pemeriksaan secara menyeluruh bagi memastikan kedudukan bekalan terutamanya barangan keperluan asas mencukupi di pasaran. “Sebarang aduan berkaitan bekalan dan harga serta salah laku peniaga, pengguna boleh membuat aduan dengan menghubungi Bilik Gerakan KPDNHEP Sarikei di talian 084-657751 atau hadir sendiri ke pejabat kami,” katanya.

Suara Sarawak