ARTIKEL

Jerip memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik penangguhan Bazar Gawai Dayak 2024 di MJC Batu Kawa. | Foto Ramidi Subari.

180 gerai kutip jualan RM2.03 juta, atasi rekod tahun lalu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hasil jualan Bazar Gawai Dayak 2024 telah mengatasi rekod jualan tahun lalu dengan mengumpul sebanyak RM2.03 juta.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Darat dan Udara) Datuk Dr Jerip Susil berkata hasil kutipan itu diperolehi menerusi 180 gerai yang menjual produk makanan dan minuman, produk kraftangan, perkhidmatan dan menjahit, jualan produk hiasan seperti manik yang tergolong dalam kluster keusahawanan.

Jerip bersama Liwan memperagakan tarian tradisional mereka sempena penangguhan Bazar Gawai Dayak 2024 di MJC Batu Kawa. | Foto Ramidi Subari

“Ini merupakan rekod yang tertinggi pernah dicatatkan.

“Syabas kepada usahawan kita dan Jabatan Pertanian Sarawak selaku jawatankuasa yang mengurus gerai-gerai jualan,” katanya berucap pada majlis penangguhan Bazar Gawai Dayak 2024 di Bandar Baru Batu Kawa (MJC), di sini malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi) Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, Presiden Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) Datuk Ik Pahon Joyik serta kenamaan lain.

Selain kluster keusahawanan, penganjuran bazar tersebut turut merangkumi kluster seni persembahan, hiburan dan penampilan bakat tempatan serta kluster sukan dan riadah.

Bagi kluster seni persembahan, hiburan dan penampilan bakat tempatan, Jerip yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perayaan Gawai Dayak 2024 berkata, sebanyak empat acara yang dipertandingkan iaitu Ratu Bazar Gawai, Battle of the Band, Gawai Idol dan Kids Got Talent.

Jelasnya, Ratu Bazar Gawai memberi peluang kepada gadis Iban, Bidayuh dan Orang Ulu untuk mempamerkan bidang seni keterampilan mahupun bidang peragaan.

Sementara katanya, pertandingan ‘Battle of the Band’ turut mendapat sambutan yang menggalakan dari peserta bukan sahaja dari Kuching, bahkan dari luar Kuching.

Pertandingan yang berlangsung pada Sabtu itu menyaksikan kumpulan dari Deekays Band dari UiTM Samarahan yang menjuarai pertandingan itu.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU