Trending

180 kes baharu Covid-19 libatkan varian delta dikesan di Sarawak pada 27 Julai lalu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sebanyak 180 kes baharu lmelibatkan varian Delta (B.1.617.2) dikesan di Sarawak daripada 355 kes positif Covid-19 yang diuruskan.

Menurut Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Unimas, Prof Dr David Perera, varian Delta baharu ini dikesan pada 27 Julai lalu melalui pengawasan SARS-COV-2 yang sedang dijalankan.

Beliau berkata demikian dalam laporan terbarunya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) Datuk Amar Douglas Uggah di sini hari ini.

Katanya, kes varian Delta dikesan di Kuching, Bau, Lundu, Kota Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Miri dan Bintulu.

“Di Bahagian Kuching, kita mengesan 124 kes, lapan di Lundu dan lima di Bau.

“Ini menunjukkan kadar pengesanan varian Delta ialah 65 peratus (137 urutan sampel Covid-19),” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru