ARTIKEL

Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Dr Azhar Ahmad bersama-sama yang lain pada sidang media sempena Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2023 Peringkat Negeri di Jabatan Pendidikan Negeri.

184 kekosongan guru di Sarawak – Dr Azhar Ahmad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Isu kekurangan tenaga pengajar di sekolah menengah sekitar Sarawak berjaya dikurangkan dengan mendadak tahun ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, hanya sebanyak 184 kekosongan guru untuk keseluruhan sekolah menengah yang ada di negeri ini sekarang.

“Bilangan ini sangat sedikit dan kita jangka keadaan ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika selepas sidang media sempena Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2023 Peringkat Negeri di Jabatan Pendidikan Negeri di sini.

Tambahnya, kebanyakan kekosongan guru yang ada pada masa ini berada di kawasan luar bandar.

Di samping itu, katanya, setiap tahun ada guru yang akan bersara tidak kira bersara wajib mahupun bersara secara pilihan.

“Kita menunggu bekalan guru daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Justeru, kita lihat ini sebagai satu proses yang berterusan,” katanya.

Terdahulu, seramai 2,577 guru telah ditempatkan di Sarawak sepanjang tahun 2023 sehingga Mac tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh mendedahkan, seramai 1,247 guru ditempatkan di sekolah rendah, manakala 1,330 guru ditempatkan di sekolah menengah yang merupakan graduan kelahiran Sarawak.

“KPM yakin usaha ini dapat mengurangkan lagi jurang kekosongan guru bagi semua sekolah di negara kita, khususnya di Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU