ARTIKEL

185 premis makanan dan minuman di kawasan MPP kekal Gred A

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PADAWAN: Sebanyak 185 buah premis makanan serta kedai kopi dan teh di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) berjaya mengekalkan Gred A bagi Premis Makanan Bersih untuk dua tahun berturut-turut.

Kesemua premis tersebut memperoleh skala julat pemarkahan 85 peratus ke atas bagi tahun 2021 hingga 2022, sekali gus dapat memberi impak positif dan panduan kepada para pelanggan dalam memilih premis makanan yang bersih dan selamat untuk dikunjungi.

Menurut Pengerusi MPP Tan Kai, program tersebut adalah supaya para pengusaha premis sentiasa menjaga dan mengekalkan tahap kebersihan, keselamatan dan kualiti makanan serta minuman.

“Program ini juga bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran di premis makanan. Sebagai pengendali makanan, peranan mereka amatlah penting dalam menjamin kebersihan dan keselamatan makanan untuk pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Bagi Program Premis Makanan Bersih Serta Program Pertandingan Premis Makanan Dan Tandas Bersih MPP 2023 di sini, hari ini.

“Dengan pelaksanaan program ini, objektif untuk memastikan premis-premis makanan di kawasan kita sentiasa mengekalkan tahap kebersihan dapat dicapai selaras dengan Pelan Strategik MPP 2021-2025 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” ujarnya.

Dalam pada itu, majlis semalam menyaksikan lima buah premis terbaik yang mencapai Gred A menerima sijil penghargaan dan cenderamata, iaitu Ping Delights (Pusat Komersial Emart Batu Kawa), Serapi Corner (Pekan Batu 7), Simple Up Cafe (Kota Padawan), David Axel Cafe (Taman Desa Paul Batu 7) dan Yii Kee Chicken Rice (Jalan Batu Kawa Bazaar).

Sementara itu, beliau memberitahu sebanyak 187 buah premis makanan dan minuman di bawah MPP telah dinilai untuk Pertandingan Premis Makanan dan Tandas Bersih Tahun 2023 bagi julat pemarkahan Gred B ke bawah untuk markah 84 peratus ke bawah.

“Ia menyaksikan pemenang tempat pertama ialah Man Xiang Lau Delight Cafe (Pusat Komersial Moyan Square), tempat kedua pula Yong Xing Place (Bandar Baharu Batu Kawah) dan tempat ketiga Bombay Spices (Batu 4) Sdn Bhd (Golden Court Commercial Centre),” ujarnya.

Tan Kai merakam gambar kenangan bersama-sama para pengusaha premis yang menyertai Program Premis Makanan Bersih.

LAIN-LAIN BERITA

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

BERITA TERBARU

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San