Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

19 negara sertai larian Silabur Ultra Trail 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
GAMBAR: RAMIDI SUBARI 1. MERIAH...Barisan penganjur acara Silabur Ultra Trail 2023 merakam kenangan bersama.
MERIAH…Barisan penganjur acara Silabur Ultra Trail 2023 merakam kenangan bersama. GAMBAR: RAMIDI SUBARI

SERIAN: Seramai 544 pelari dari 19 buah negara telah mengesahkan penyertaan bagi mengharungi acara Larian Jejak Ultra Silabur 2023 (Silabur Ultra Trail Run) pada 19 Mac ini.

Acara julung kali diadakan di Kampung Lobang Batu, Tebedu itu turut menampilkan penyertaan dari negara Hong Kong, Kanada, Amerika Syarikat, Jerman, Indonesia, Brunei, Vietnam, Taiwan, Afrika Selatan, Jepun, Filipina, Ireland, Francis, Poland, Belgium, Belanda dan Australia.

Pegawai Tadbir Pejabat Residen Serian, Wee Chung Yee berkata, seramai lebih 100 orang merupakan peserta dari negara luar manakala selebihnya adalah peserta tempatan termasuk dari semenanjung dan juga Sabah.

“Para peserta berusia 18 tahun ke atas dan bagi jumlah keseluruhan peserta 40 peratus daripadanya merupakan peserta tuan rumah.

“Penyertaan telah pun ditutup dan ini adalah penganjuran kali pertama dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak,” katanya pada sidang media di, Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau mengesahkan empat kategori yang akan dipertandingkan iaitu larian 8 kilometer, 15km, 30km dan 60km.

Mengulas lanjut, Wee percaya acara anjuran Alpha Sport Event itu bakal memberi pengalaman menarik baharu buat para peserta, di samping mempromosikan keindahan alam semula jadi yang terdapat di bahagian Serian khususnya Kampung Lobang Batu.

Tambahnya, trek larian adalah berbentuk strategik dan menarik merangkumi gua Silabur, kampung-kampung, laluan bukit-bukau dan juga di kawasan sungai.

Dengan sambutan memberangsangkan, Wee memberitahu akan mewujudkan satu lagi kategori baharu iaitu 100 km pada pelaksanaan acara sama pada tahun 2024.

Sekali gus katanya, diharap program antarabangsa itu mampu dijadikan acara kalendar tahunan bagi Bahagian Serian.

“Kita akan cuba berusaha untuk melaksanakannya secara besar-besaran pada tahun hadapan dengan menyasarkan seramai 800 hingga 1,000 peserta secara keseluruhan,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru